LONDON: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat memaklumkan sistem pertahanan udaranya sedang bertindak balas terhadap “ancaman peluru berpandu”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sistem pertahanan udara kini sedang bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu,” menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis dan Bencana Kebangsaan (NCEMA) menerusi X.
NCEMA menggesa penduduk supaya “kekal berada di lokasi selamat dan mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini.”
Notis itu dikeluarkan beberapa jam selepas insiden berbalas serangan antara tentera Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Selat Hormuz.
-- BERNAMA-ANADOLU