Skip to main content

Dunia

Permainan taman tema runtuh di Arab Saudi, 23 cedera termasuk tiga parah

71754019034_fairgroundridebuck.jpg
RIYADH: Sekurang-kurangnya 23 orang cedera, termasuk tiga parah, selepas sebuah permainan taman tema mengalami kerosakan struktur dan runtuh ketika sedang beroperasi di Taif, Arab Saudi, pada Rabu malam.

Insiden membabitkan permainan dikenali sebagai “360 Big Pendulum” itu berlaku di sebuah taman hiburan di kawasan Al-Hada, berhampiran bandar Jeddah, lapor media kerajaan Arab News.

Rakaman video yang disahkan oleh CNN menunjukkan permainan berbentuk buaian gergasi itu patah ketika berayun, menyebabkan struktur utama bersama pelantar penumpang terhempas ke lantai taman hiburan tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CNN (@cnn)



Susulan kejadian, Gabenor Wilayah Taif, Putera Saud bin Nahar bin Saud bin Abdulaziz mengarahkan penutupan serta-merta taman tema terbabit bagi memberi laluan kepada siasatan menyeluruh mengenai punca nahas.

Menurut laporan awal, mangsa yang tercedera telah menerima rawatan kecemasan di hospital berdekatan. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi menentukan tahap keselamatan struktur serta pematuhan piawaian operasi taman hiburan terbabit. - Agensi


Must Watch Video