Skip to main content

Dunia

Perdagangan Rusia dengan negara Arab boleh capai US$50 bilion - Pengerusi majlis perniagaan

51760769257_SergeiGorkov.jpg
MOSCOW: Nilai perdagangan antara Rusia dan negara-negara Arab kini dianggarkan sekitar US$34 bilion, dengan potensi mencecah sehingga US$50 bilion, menurut Pengerusi Majlis Perniagaan Rusia-Arab Sergey Gorkov, lapor RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Nilai perdagangan antara Rusia dan negara-negara Arab dianggarkan mencecah US$34 bilion pada 2024, dengan potensi meningkat kepada US$50 bilion atau lebih, menurut Pengerusi Majlis Perniagaan Rusia-Arab Sergey Gorkov.
  • Walaupun berdepan sekatan pembayaran, perdagangan antara kedua-dua pihak meningkat lima hingga 10 peratus sepanjang tahun lalu, dengan permintaan tinggi terhadap produk makanan, barangan lain dan teknologi dari Rusia.
  • Gorkov menyatakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan dagangan antara Rusia dan 22 negara anggota Liga Arab, lapor agensi berita RIA Novosti.


"Jika kita merujuk kepada 22 negara anggota Liga Arab, jumlah dagangan pada 2024 mencapai kira-kira US$34 bilion... Terdapat potensi untuk meningkat kepada US$50 bilion atau lebih," kata Gorkov.

Beliau berkata walaupun wujud sekatan pembayaran, perdagangan meningkat antara lima hingga 10 peratus sepanjang tahun lalu.

Gorkov juga berkata bahawa barangan keluaran Rusia semakin mendapat permintaan di pasaran Arab, termasuk produk makanan, barangan lain serta teknologi.

-- BERNAMA




Must Watch Video