Skip to main content

Dunia

Perbelanjaan dalam talian 'Black Friday' AS cecah rekod US$11.8 bilion - Laporan

71764639752_BlackFriday.jpg
SAN FRANCISCO: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) membelanjakan US$11.8 bilion dalam talian sempena 'Black Friday', meningkat daripada US$10.8 bilion tahun lalu, menurut data Adobe Analytics, lapor Xinhua.

Platform itu menjangkakan perbelanjaan dalam talian pada 'Cyber Monday' pada 1 Dis yang lebih tinggi, mencecah US$14.2 bilion.

Bagi musim cuti dari 1 Nov hingga 31 Dis, Adobe turut meramalkan jumlah perbelanjaan dalam talian sebanyak US$253.4 bilion tahun ini, berbanding US$241.1 bilion pada 2024.

Syarikat perisian berasaskan awan AS, 'Salesforce' melaporkan perbelanjaan 'Black Friday' global berjumlah US$79 bilion, termasuk US$18 bilion di AS, masing-masing menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak enam peratus dan tiga peratus.

Menurut data Salesforce, harga meningkat secara purata tujuh peratus manakala jumlah pesanan menurun satu peratus, menunjukkan pertumbuhan keseluruhan lebih dipacu kenaikan harga berbanding peningkatan permintaan pengguna.

-- BERNAMA

Must Watch Video