DHAKA: Jumlah pengguna telefon bimbit di Bangladesh melebihi 187 juta pada akhir November tahun lepas, menurut statistik terbaharu daripada pengawal selia telekomunikasi negara itu, lapor Xinhua.
Data daripada Suruhanjaya Kawalselia Telekomunikasi Bangladesh menunjukkan jumlah pelanggan di negara Asia Selatan itu mencecah 187.06 juta pada November.
Pada masa ini, Bangladesh mempunyai empat syarikat mudah alih, dengan tiga daripadanya merupakan pengendali telefon bimbit yang disokong oleh pelaburan asing.
--BERNAMA-XINHUA