Skip to main content

Dunia

Pengguna lapor gangguan perkhidmatan YouTube - Downdetector

51629977194_Youtube.jpg
MOSCOW: Pengguna YouTube telah melaporkan terdapat gangguan dalam perkhidmatan itu, menurut pengesan gangguan dalam talian Downdetector, lapor Sputnik.

Gangguan itu kebanyakannya dilaporkan di Amerika Syarikat.

Sebanyak 76 peratus pengguna perkongsian video dalam talian dan platform media sosial itu melaporkan mengalami masalah dengan laman web, 15 peratus dengan penstriman video dan sembilan peratus mengatakan menghadapi masalah dengan aplikasi itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video