Skip to main content

Dunia

Penerbangan Etihad di Chennai dibatalkan selepas sayap pesawat terbakar

FILE PHOTO: An Etihad Airways Boeing 777-3FX aircraft takes off at the Charles de Gaulle airport in Roissy, France, August 9, 2016. REUTERS/Jacky Naegelen
Penerbangan Etihad Airways menuju ke Abu Dhabi yang membawa 280 penumpang dibatalkan pada Selasa selepas kebakaran tercetus pada sayap kiri pesawat sejurus sebelum ia berlepas di lapangan terbang di bandar Chennai, selatan India. - Gambar fail/hiasan/REUTERS

NEW DELHI: Penerbangan Etihad Airways menuju ke Abu Dhabi yang membawa 280 penumpang dibatalkan pada Selasa selepas kebakaran tercetus pada sayap kiri pesawat sejurus sebelum ia berlepas di lapangan terbang di bandar Chennai, selatan India, menurut beberapa laporan media tempatan.

Semua penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan memetik pegawai tempatan sebagai berkata juruterbang menyedari kebakaran ketika pesawat sedang bersiap sedia untuk berlepas, sekali gus menyebabkan operasi penerbangan digantung serta-merta dan pasukan bomba serta kecemasan dikerahkan ke lokasi.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dengan segera, sebelum penerbangan dibatalkan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video