Skip to main content

Dunia

Pemandu kereta rempuh pasaraya

51364859612_295x200.jpg
Empat cedera selepas pemandu kereta bertindak merempuh sebuah pasaraya di San Jose, California.

Suspek kemudian bertindak  mengejar pelanggan lain yang berada di premis berkenaan.

Sebaik keluar daripada kereta, dia cuba menakutkan orang ramai dengan mendakwa membawa senjata api.

Suspek kemudian berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapatinya berada di bawah pengaruh dadah.

Dia dikenali sebagai Haamid Ade Zaid ditahan tanpa ikat jamin.

Motif sebenar tindakannya bagaimanapun masih belum diketahui.

Menurut saksi, pemandu sebelum itu bertindak melanggar dua buah kenderaan lain yang di kawasan meletak kenderaan sebelum merempuh pintu hadapan pasaraya.

Salah seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius dan semua mangsa membabitkan pekerja yang berada dalam premis itu.

Must Watch Video