Skip to main content

Dunia

Pelaut cemas 1,000 ikan lumba-lumba ‘kepung’ bot di perairan Atlantik

51720657069_tbwhalessurrounds.jpg
ATLANTIK: Seorang pelaut berdepan detik cemas apabila bot dinaiki didekati sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Atlantik pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Seorang pelaut berdepan momen cemas apabila bot dinaiki didekati sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Atlantik pada Ahad.


Tom Waddington, seorang jurulatih ski berpangkalan di Britain telah merakam video apabila dianggarkan 1,000 ekor ikan lumba-lumba mengepungnya.

Waddington merakamkan video-video tersebut semasa menaiki bot peribadinya di lokasi 100 batu nautika dari pantai Newfoundland.

Dalam masa sama, ikan lumba-lumba dilihat berenang di sekeliling botnya sehingga menyebabkan botnya bergoncang.

Difahamkan, Waddington, ketika itu dalam perjalanan sejauh 2,000 batu nautika mengumpul dana bagi badan amal kesihatan mental, Mind.

Must Watch Video