Skip to main content

Dunia

Pejabat PLO di Washington ditutup

71536625668_WashingtonOffice.jpg
Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Isnin mengesahkan pihaknya mengeluarkan arahan penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington.

Terdahulu, Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton mengumumkan perkara sama sehari sebelum arahan penutupan dikeluarkan.

Dalam ucapannya, Bolton mendakwa tindakan diambil susulan Palestin menolak untuk mengambil langkah bagi memulakan rundingan damai dengan Israel.

Tegasnya lagi, pentabiran Donald Trump menyokong proses perdamaian tersebut namun tidak membenarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atau organisasi lain menghalang misi berkenaan.



Must Watch Video