Skip to main content

Dunia

PBB sedia bantu usaha pengurangan ketegangan di Asia Barat

51753821453_AntonioGuterres.jpg
Guterres berkata, PBB sebelum ini memainkan peranan penting dalam memudah cara Inisiatif Laut Hitam yang membolehkan eksport makanan dan baja Ukraine melalui koridor kemanusiaan. - Gambar fail

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan bahawa PBB bersedia menyumbang kepada usaha bagi meredakan ketegangan di Asia Barat serta memastikan perlindungan terhadap Selat Hormuz yang strategik, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).

Beliau menjelaskan bahawa PBB sebelum ini memainkan peranan penting dalam memudah cara Inisiatif Laut Hitam yang membolehkan eksport makanan dan baja Ukraine melalui koridor kemanusiaan bermula Julai 2022.

Guterres menambah bahawa objektif utamanya adalah untuk menilai sama ada keadaan yang sama boleh diwujudkan di Selat Hormuz. Beliau berkata PBB ketika ini sedang berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan di rantau Teluk serta Majlis Eropah.

Beliau turut berkata walaupun konteks dan penyelesaian mungkin berbeza, PBB bersedia membantu dan mempunyai pasukan yang bersedia untuk menguruskan usaha tersebut, sambil menekankan keutamaan untuk bekerjasama secara langsung dengan Amerika Syarikat dan rakan-rakan lain.

-- BERNAMA-QNA

Must Watch Video