JUBA: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan (UNMISS) meraikan Hari Antarabangsa Anggota Pengaman PBB pada Jumaat dengan memberikan penghormatan kepada 13 anggota pengaman yang terkorban pada 2025, lapor Xinhua.
Anita Kiki Gbeho, pegawai bertanggungjawab UNMISS, berkata konflik itu terus menimbulkan cabaran besar di Sudan Selatan, mengakibatkan banyak kematian dan jutaan kehilangan tempat tinggal.
"Anggota pengaman kami melakukan yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan menerusi usaha menyelamat dan menambah baik kehidupan. Kami meronda melalui darat, udara dan sungai, membantu menyediakan kehadiran perlindungan dan menghalang keganasan," kata Gbeho di Juba, ibu negara Sudan Selatan.
🎬On #PKDay in Juba 🇸🇸, there were calls for inclusive dialogue and political compromise in the pursuit of peace in #SouthSudan. Flags were also lowered and wreaths laid in memory of the 13 peacekeepers lost last year while serving in #SouthSudan.
Check out the video for more on… pic.twitter.com/fFBeAX6LTp— UNMISS (@unmissmedia) May 29, 2026
Beliau berkata UNMISS berdepan halangan yang semakin meningkat dalam melaksanakan mandat pentingnya, didorong terutamanya oleh krisis kewangan seluruh PBB yang telah memaksa penarikan pasukan pengaman dan penutupan pangkalan strategik.
-- BERNAMA-XINHUA