Skip to main content

Dunia

Pasukan keselamatan Mekah tahan tiga penduduk promosi perkhidmatan haji palsu

61561163154_JEMAAHHAJIDIMEKAH.jpg
Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan dan arahan haji serta segera melaporkan sebarang pelanggaran . - Gambar hiasan

MEKAH: Rondaan keselamatan di Mekah menahan tiga penduduk warga Indonesia kerana melakukan penipuan dengan menyiarkan iklan mengelirukan dan palsu di media sosial yang menawarkan perkhidmatan haji, selain menemukan permit haji palsu serta peralatan digunakan dalam kegiatan itu dalam simpanan mereka.

Mereka telah ditahan, tindakan undang-undang diambil terhadap mereka dan kes dirujuk kepada pihak pendakwaan awam, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Keselamatan Awam menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan dan arahan haji serta segera melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah timur, serta 999 di kawasan lain di Arab Saudi.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video