Skip to main content

Malaysia

Buli: Polis tahan empat pelajar bantu siasatan

MELAKA, 29 April -- Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar (kanan) ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.  Polis menahan 45 individu membabitkan warga China, Vietnam dan Indonesia selepas menggempur dua premis di Taman Kota Bendahari di sini, yang dipercayai dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian pada 23 April lepas.  --fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata ibu mangsa membuat laporan pada 7.11 malam 29 April mendakwa anaknya dibuli pelajar senior dikenalinya. - Gambar fail/Bernama

MELAKA: Polis menahan empat pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang murid sekolah rendah di sebuah rumah anak yatim di Tanjung Kling di sini.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata ibu mangsa membuat laporan pada 7.11 malam 29 April mendakwa anaknya dibuli pelajar senior dikenalinya.

“Mangsa berusia 12 tahun dipercayai dipukul, ditendang dan kepalanya direndam ke dalam baldi berisi air serta diseret di lantai tandas oleh suspek.

“Susulan laporan itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menahan empat lelaki berusia 15 dan 16 tahun pada 3.45 petang 30 April,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dzulkhairi berkata semua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing didapati negatif.

Beliau berkata empat suspek itu diberikan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dzulkhairi menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes tersebut.

-- BERNAMA

Must Watch Video