Skip to main content

Dunia

Misil digunakan dalam serangan kapal Korea Selatan di Hormuz ada kaitan dengan Iran - Kementerian Luar

The South Korean-operated vessel HMM NAMU is docked after being damaged from a fire following an explosion in the Strait of Hormuz, at a port in Dubai, United Arab Emirates, Friday, May 8, 2026. (Kim Sang-hun/Yonhap via AP)
Kapal HMM Namu. - Foto AP

SEOUL: Peluru berpandu antikapal yang dibangunkan dan digunakan oleh Iran dipercayai telah digunakan dalam serangan terhadap sebuah kapal Korea Selatan di Selat Hormuz awal bulan ini, menurut Kementerian Luar pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bagaimanapun, kementerian itu belum menentukan sama ada serangan berkenaan dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.

"Analisis teknikal menyimpulkan bahawa objek terbang yang tidak dikenali itu berkemungkinan besar adalah peluru berpandu antikapal siri Noor yang dibangunkan oleh Iran," kata Naib Menteri Luar Pertama Park Yoon-joo dalam satu taklimat media bagi mengumumkan hasil siasatan kerajaan yang dijalankan selama beberapa minggu berhubung insiden itu.

Kementerian itu sebelum ini memaklumkan bahawa kapal HMM Namu yang dikendalikan oleh syarikat perkapalan utama Korea Selatan, HMM Co., telah dihentam oleh "dua objek terbang yang tidak dikenali" pada 4 Mei ketika terkandas di laluan air penting itu di tengah-tengah konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pasukan penyiasat kerajaan sejak itu telah menjalankan analisis mendalam terhadap serpihan enjin yang ditemukan daripada objek berkenaan bagi menentukan jenisnya serta mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Kementerian merancang untuk memanggil Duta Iran ke Korea Selatan bagi menyampaikan bantahan keras berhubung serangan ke atas kapal negara itu, selain menuntut "tindakan bertanggungjawab, termasuk langkah-langkah bagi menghalang kejadian serupa daripada berulang," kata Park.

Beliau berkata peluru berpandu berkenaan digunakan oleh Tentera Laut Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam serta kumpulan pro-Iran, namun pelaku sebenar dan motif serangan masih belum dapat disahkan.

Serangan itu telah mencetuskan letupan dan kebakaran di atas kapal, menyebabkan seorang daripada 24 anak kapal mengalami cedera ringan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement