Skip to main content

Advertisement

Dunia

Mesir gesa gencatan senjata segera sebelum Israel tandatangani perjanjian

51760044537_AbdelFattahelSiss.jpg
KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi menegaskan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza dengan segera - sebelum kerajaan Israel meluluskan sepenuhnya perjanjian dengan Hamas, pada Khamis malam.

Menurut laporan, serangan ketenteraan Zionis di Gaza masih berterusan susulan Kabinet Israel belum mengesahkan perjanjian yang dicapai pagi Khamis antara Hamas dan Israel.

Kenyataan itu dibuat El-Sisi ketika menerima kunjungan delegasi Amerika Syarikat termasuk Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff dan penasihat Donald Trump, Jared Kushner, di sini, menurut jurucakap Presiden.

“Presiden El-Sisi menekankan keperluan amat mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata di wilayah itu serta-merta tanpa menunggu proses tandatangan perjanjian berkaitan,” menurut kenyataan pejabat Presiden Mesir. - Agensi



Must Watch Video