Skip to main content

Dunia

Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif

41671029084_950x600.jpg
ANKARA: Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut stesen penyiar BFMTV yang memetik sumber syarikat pengendali menara SETE, satu daripada rel kuasa dalam lif menara itu mengalami litar pintas.

Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, mencetuskan penggera kebakaran pada 10.50 pagi (0950GMT).

SETE mengosongkan bangunan "selaras dengan prosedur keselamatan" dan tiada pelawat berada dalam bahaya.

Anggota bomba dan unit penyelenggaraan teknikal menara meneliti punca litar pintas. Operasi dijangka disambung secara berperingkat dengan akses ke tingkat dua dibuka semula kemudian, tambah stesen penyiar itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video