Skip to main content

Dunia

Masjidilharam sambut kumpulan jemaah haji pertama

51745052399_kaabah.jpg
MAKKAH: Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pada Rabu menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Mereka disambut dengan hadiah dan buku kesedaran berbilang bahasa yang bertujuan untuk mempromosikan toleransi, kesederhanaan, kebaikan, kedamaian, dan perpaduan Islam.

Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan komitmen presiden untuk meningkatkan pengalaman rohani jemaah haji melalui inisiatif digital yang luar biasa.

Usaha ini memudahkan akses kepada perkhidmatan keagamaan dan menyampaikan mesej sederhana kedua-dua masjid suci di seluruh dunia, sejajar dengan aspirasi kepimpinan dan nilai toleransi dan kesederhanaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video