Skip to main content

Dunia

Mahkamah perintah Belanda henti penghantaran alat ganti jet F-35 ke Israel

51676782823_TBNetherlands.jpg
LONDON: Sebuah mahkamah rayuan di Belanda pada Isnin memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.

Keputusan mahkamah itu susulan rayuan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

"Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan," menurut mahkamah, lapor Agensi Anadolu.

Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, disimpan di sebuah gudang di Belanda.

-- BERNAMA

Must Watch Video