Skip to main content

Dunia

Lori Chavez-DeRemer lepaskan jawatan Setiausaha Buruh AS

Labor Secretary Lori Chavez-DeRemer listens as President Donald Trump speaks with reporters while signing executive orders in the Oval Office of the White House, April 23, 2025, in Washington. (AP Photo/Alex Brandon, File)
Chavez-DeRemer juga dilaporkan sedang disiasat secara dalaman berhubung kemungkinan salah laku di tempat kerja. - Foto AP

WASHINGTON: Setiausaha Buruh Amerika Syarikat (AS), Lori Chavez-DeRemer, akan berundur daripada pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menyertai sektor swasta, menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah peningkatan aduan sejak beberapa bulan lalu terhadap kepimpinan beliau di jabatan yang bertanggungjawab mengawasi undang-undang pekerjaan dan mengurus faedah pengangguran.

Chavez-DeRemer, 58, juga dilaporkan sedang disiasat secara dalaman berhubung kemungkinan salah laku di tempat kerja.

Walaupun berdepan kritikan, White House memuji prestasi beliau.

Pengarah Komunikasi White House, Steven Cheung, berkata Chavez-DeRemer telah menjalankan “tugas yang luar biasa” dalam melindungi pekerja AS, melaksanakan amalan buruh yang adil dan membantu rakyat meningkatkan kemahiran mereka.

Keith Sonderling akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Setiausaha Buruh, katanya.

Pengunduran Chavez-DeRemer menyusuli beberapa perubahan besar dalam kabinet Trump, termasuk penyingkiran Pam Bondi daripada jawatan Peguam Negara pada April serta pemecatan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, pada Mac lalu.

Laporan mengenai siasatan terhadap Chavez-DeRemer pertama kali didedahkan oleh New York Post pada Januari.
 

Must Watch Video