Skip to main content

Dunia

Penyanyi D4vd didakwa bunuh remaja perempuan 14 tahun

A photo of Celeste Rivas Hernandez is displayed Monday, April 20, 2026, in Los Angeles for a press conference regarding the case of singer D4vd, who was charged on suspicion of killing the 14-year-old girl whose dismembered body was found in his car. (AP Photo/Damian Dovarganes)
Gambar Celeste Rivas Hernandez dipaparkan pada Isnin di Los Angeles semasa sidang media berkaitan kes membabitkan penyanyi D4vd. - Foto AP

LOS ANGELES: Penyanyi Amerika Syarikat (AS), D4vd, telah didakwa atas pertuduhan membunuh Celeste Rivas Hernandez, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang hampir setahun lalu.

Artis berusia 21 tahun itu, yang nama sebenarnya David Burke, berdepan pertuduhan membunuh tahap pertama serta beberapa tuduhan tambahan termasuk perlakuan cabul terhadap bawah umur dan memotong anggota tubuh mayat.

Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pada Isnin.

Pihak pendakwaan berkata mayat mangsa yang dipotong dan sudah mereput ditemui pada September lalu di dalam sebuah kereta Tesla yang dikaitkan dengan Burke.

Kes berkenaan turut melibatkan keadaan khas termasuk pembunuhan dengan niat awal, demi keuntungan kewangan dan pembunuhan seorang saksi, menjadikan tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atau hukuman mati.

Pendakwa Raya Daerah Los Angeles, Nathan Hochman, berkata pihaknya akan memutuskan kemudian sama ada memohon hukuman mati.

Burke ditahan tanpa jaminan selepas ditangkap di sebuah rumah di Hollywood minggu lalu.

Hochman turut memaklumkan mangsa dipercayai pergi ke rumah Burke di Hollywood Hills pada 23 April 2025 dan tidak pernah ditemui semula.

Peguam Burke menegaskan anak guam mereka tidak bersalah dan akan mempertahankan kes itu sepenuhnya.

D4vd dikenali menerusi lagu popular Romantic Homicide dan sebelum ini membatalkan jelajah Eropahnya selepas penemuan mayat tersebut mencetuskan perhatian meluas.
 

Must Watch Video