Skip to main content

Dunia

Lima pekerja binaan maut di Hamburg

51698667901_TBGermany.jpg
HAMBURG: Lima pekerja binaan maut apabila perancah di tapak projek pembinaan bangunan di daerah HafenCity Hamburg runtuh, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Jurucakap bomba berkata kejadian itu berlaku pada pagi Isnin di tapak pembinaan terbesar di kawasan pelabuhan Uberseequartier.

Projek itu membabitkan pembinaan pusat beli-belah, restoran, pejabat dan hotel.

-- BERNAMA

Must Watch Video