Skip to main content

Dunia

Letupan didengar berhampiran kemudahan nuklear Isfahan, pangkalan tentera udara Iran

A satellite image shows un‑buried tunnel entrances at Isfahan nuclear complex, in Isfahan, Iran, November 11, 2024. Vantor/Handout via REUTERS MANDATORY CREDIT. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MUST NOT OBSCURE LOGO
Imej satelit menunjukkan pintu masuk terowong yang belum ditimbus di kompleks nuklear Isfahan, di Isfahan, Iran. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Satu letupan dilaporkan kedengaran berhampiran kemudahan nuklear Isfahan dan sebuah pangkalan tentera udara di tengah Iran, menurut agensi berita separa rasmi Agensi Berita Tasnim pada Isnin malam.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita berkenaan.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada Sabtu, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agungnya Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara serantau yang menempatkan aset Amerika Syarikat.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found