Skip to main content

Dunia

Lelaki cuba bakar diri di hadapan Kaabah

61434902731_KAABAHMECCA.jpg
Cubaan seorang lelaki yang bertindak menyimbah dirinya dengan minyak gasolin sebelum cuba membakar dirinya sendiri di hadapan Kaabah, di Masjid Besar di Mekah berjaya dihalang.

Polis Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an itu mengalami gangguan mental.

Tanpa mengulas lanjut, polis berkata pihak keselamatan sedang mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelakkan insiden daripada berulang.

Satu rakaman video yang dipercayai memaparkan insiden terbabit turut tersebar, namun kesahihan video itu tidak dapat disahkan.

Must Watch Video