Skip to main content

Dunia

Lebih 2,000 hadir solat jenazah mangsa serangan masjid di San Diego

funeral prayers San Diego mosque
Majlis pengebumian itu dihadiri ahli komuniti Islam setempat serta masyarakat pelbagai latar belakang agama sebagai tanda solidariti terhadap mangsa. -Foto Facebook

SAN DIEGO: Lebih 2,000 jemaah berhimpun bagi menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada tiga lelaki yang terkorban dalam insiden serangan bersenjata di sebuah masjid di San Diego, Amerika Syarikat.

Menurut laporan media antarabangsa, majlis pengebumian itu dihadiri ahli komuniti Islam setempat serta masyarakat pelbagai latar belakang agama sebagai tanda solidariti terhadap mangsa.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan maut selepas ditembak ketika cuba menghalang dan berdepan dengan kumpulan penyerang semasa kejadian.

Ahli komuniti dan pihak berkuasa tempatan menyifatkan tindakan mereka sebagai pengorbanan besar yang membantu menyelamatkan nyawa jemaah lain.

Setakat ini, pihak berkuasa San Diego sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan tersebut.

Kawalan keselamatan di sekitar rumah ibadat di kawasan berkenaan turut diperketatkan.

 

Must Watch Video

Advertisement