Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO

Arsenio Dominguez
Dominguez berkata, tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa.

LONDON: Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Arsenio Dominguez  berkata pada Isnin, tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa, lapor Xinhua.

Bercakap dalam satu sidang media, Dominguez membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan sama ada sekatan yang berpotensi dilaksanakan oleh Washington ke atas Selat Hormuz akan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Dari sudut perundangan, selaras dengan undang-undang antarabangsa, tiada negara berhak untuk melarang hak laluan aman, mahupun menghalang kebebasan pelayaran melalui selat antarabangsa yang digunakan untuk transit antarabangsa,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad mengumumkan yang Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz selepas rundingan damai dengan Iran gagal mencapai persetujuan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video