Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Qatar laksana solat Aidilfitri di dalam masjid

41453651349_DohaQatar.jpg
Keputusan berkenaan diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesejahteraan jemaah. - Gambar hiasan

DOHA: Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar mengumumkan bahawa solat Aidilfitri tahun ini akan diadakan di dalam masjid di seluruh negara, atas pertimbangan keselamatan awam susulan keadaan semasa.

Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan kementerian itu dalam kenyataan berkata keputusan berkenaan diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesejahteraan jemaah.

Solat Aidilfitri dijadual berlangsung pada 5.53 pagi pada hari Aidilfitri, iaitu perayaan umat Islam yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan, yang disambut dengan solat, perhimpunan keluarga serta jamuan perayaan.

Kementerian itu turut mendoakan keselamatan dan kemakmuran berterusan bagi kepimpinan Qatar, rakyat serta penduduknya, selain menyatakan harapan agar sambutan itu membawa kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua.

Langkah itu mencerminkan pendekatan berjaga-jaga yang lebih meluas dilaksanakan di negara berkenaan susulan perkembangan semasa.

-- BERNAMA-QNA

 

Must Watch Video