Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Pakistan lihat kemungkinan pusingan baharu rundingan Iran-AS

Pakistan's Defence Minister Khawaja Muhammad Asif speaks during an interview with Reuters in Islamabad, Pakistan, October 20, 2025. REUTERS/Salahuddin Purchase Licensing Rights
Khawaja Asif berkata, selepas hubungan dan perbincangan yang berlangsung baru-baru ini, kepuasan secara keseluruhan dinyatakan dan setakat ini tiada sebarang perkembangan negatif timbul. - Gambar Reuters

TEHRAN: Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif pada Isnin berkata, kemajuan positif sedang dicapai dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), dan kemungkinan untuk mengadakan rundingan lanjut masih wujud, lapor Mehr News Agency (MNA) yang memetik Aaj News.

Bercakap kepada media, Khawaja Asif berkata, pusingan baharu rundingan antara Iran dan AS dijangka bermula tidak lama lagi, menurut Aaj News.

Beliau berkata, selepas hubungan dan perbincangan yang berlangsung baru-baru ini, kepuasan secara keseluruhan dinyatakan dan setakat ini tiada sebarang perkembangan negatif timbul.

Menteri Pertahanan Pakistan itu berkata, hanya berita positif diterima berhubung rundingan itu, yang dialu-alukan demi kestabilan di rantau berkenaan.

Beliau berkata semua pihak kelihatan serius untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit menerusi rundingan.

-- BERNAMA-MNA

Must Watch Video