PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron memaklumkan, beliau telah menghubungi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan menggesa Tehran supaya menghentikan serangan terhadap negara‑negara Teluk.
Macron turut menekankan kepentingan memulihkan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz serta melindungi infrastruktur tenaga dan kemudahan awam.
Macron turut menggesa Iran supaya menyertai rundingan dengan “niat baik” sambil menambah bahawa langkah tersebut mampu membuka ruang ke arah meredakan ketegangan yang semakin meningkat.
Sementara itu, Presiden Israel, Isaac Herzog, turut memaklumkan bahawa beliau telah berbual dengan Macron.
Dalam satu kenyataan di media sosial, pejabat beliau menerangkan bahawa Herzog menegaskan kepentingan meneruskan operasi ketenteraan Israel bagi menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear serta melumpuhkan kemampuan peluru berpandunya. - Agensi