Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Lebih 3,000 sasaran di Iran diserang minggu pertama Operasi 'Epic Fury’ - CENTCOM AS

AP
Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan berskala besar Sabtu lepas terhadap Iran, membunuh lebih 1,000 orang. - Foto Reuters

IRAN: Komando Pusat (CENTCOM) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan rakaman baharu daripada Operasi “Epic Fury” pada Sabtu, mendakwa bahawa tenteranya telah menyerang lebih 3,000 sasaran di Iran pada minggu pertama kempen, Anadolu Ajansı (AA) melaporkan.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan berskala besar Sabtu lepas terhadap Iran, membunuh lebih 1,000 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei, lebih 150 pelajar sekolah dan pegawai kanan tentera.

Iran telah bertindak balas dengan serangan besar-besaran yang menyasarkan pangkalan AS, kemudahan diplomatik dan petugas tentera di seluruh rantau ini, serta beberapa bandar Israel.

Sekurang-kurangnya enam anggota perkhidmatan AS terbunuh.

Serangan dron dan peluru berpandu Iran terus meningkat, dengan laporan menunjukkan bahawa Tehran melepaskan peluru berpandu yang sarat bom kluster ke Tel Aviv lewat malam Khamis.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video