Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Kuwait beri tindak balas terhadap serangan misil, dron

Sumber: X
Kementerian Dalam Negeri Kuwait mengumumkan kematian dua pegawai dari Jabatan Keselamatan Sempadan Darat di tengah-tengah serangan hebat Iran pada waktu malam di negara itu. - Gambar fail/X

ISTANBUL: Kementerian Pertahanan Kuwait pada Ahad memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu memberi tindak balas terhadap serangan misil dan dron yang disasarkan ke negara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian Dalam Negeri turut mengumumkan kematian dua pegawai dari Jabatan Keselamatan Sempadan Darat di tengah-tengah serangan hebat Iran pada waktu malam di negara itu.

Menurut kementerian, kedua-dua pegawai berkenaan terkorban ketika menjalankan tugas dalam gelombang serangan yang menyasarkan beberapa lokasi, khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video