Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran

An emergency responder works at an impact site, following a barrage of missiles launched from Iran, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in central Israel, April 4, 2026. REUTERS/Florion Goga
Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik.

SEOUL: Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik, atas permintaan organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar negara itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut kementerian itu sambil menyatakan harapan agar sokongan berkenaan dapat membantu meringankan situasi kemanusiaan.

Langkah itu diambil selepas Seoul menghantar utusan khas ke Tehran pada hujung minggu lepas ketika Korea Selatan berusaha memastikan keselamatan kapal dan anak kapal yang berkaitan dengan negara itu yang masih terkandas di Selat Hormuz.

Bulan lepas, Korea Selatan menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$2 juta kepada Lubnan.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video