Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Ketua Liga Arab kecam serangan Israel ke atas Lubnan

DUBAI, May 17 (Reuters) - Arab League Secretary General Ahmed Aboul Gheit welcomed Syria back into the bloc on Wednesday, as Arab foreign ministers gathered for a preparatory meeting ahead of the full summit.
Aboul Gheit berkata ketika masyarakat antarabangsa berusaha meredakan ketegangan, Israel sebaliknya terus meneruskan dasar yang menjejaskan usaha memulihkan kestabilan. - Gambar fail/Reuters

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Lubnan yang mengakibatkan ratusan orang awam terkorban dan cedera, selain menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa beliau menuduh Israel cuba menggagalkan perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Aboul Gheit berkata ketika masyarakat antarabangsa berusaha meredakan ketegangan dan rantau itu mencari jalan ke arah penyelesaian mampan, Israel sebaliknya terus meneruskan dasar yang menjejaskan usaha memulihkan kestabilan menerusi peningkatan ketegangan berterusan di Lubnan.

Setiausaha agung itu mengulangi gesaan Liga Arab - berdasarkan deklarasi majlis yang dikeluarkan pada 29 Mac - supaya pihak antarabangsa utama memberi tekanan kepada Israel agar segera menghentikan serangan ke atas Lubnan dan mematuhi resolusi antarabangsa berkaitan.

Beliau turut menegaskan semula solidariti penuh Liga Arab terhadap Lubnan dan rakyatnya.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video