Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Jet pejuang AS ditembak jatuh Iran - Laporan

The Iranian state media said to show fragments of a downed U.S. jet in this picture said to be taken in central Iran and released on April 3, 2026. IRIB/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. IRAN OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN IRAN. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. REFILE - CORRECTING FROM "JETS" TO "JET" VERIFICATION: -Reuters was not able to confirm the location or date when the photos were taken. -
Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) telah ditembak jatuh oleh Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan Axios pada Jumaat. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) telah ditembak jatuh oleh Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan Axios pada Jumaat.

Memetik media Iran dan satu sumber yang mengetahui insiden itu, Axios menyatakan bahawa jika disahkan, ia merupakan kali pertama sejak permulaan konflik, sebuah jet AS ditembak jatuh oleh tembakan “musuh.”

Terdahulu, media kerajaan Iran menyiarkan gambar dan video yang didakwa menunjukkan serpihan dari lokasi nahas, termasuk bahagian pesawat dan satu daripada kerusi lenting.

Penilaian awal berdasarkan imejan menunjukkan pesawat itu mungkin sebuah jet pejuang F-15.

Di Washington, Pentagon tidak segera memberi respons terhadap permintaan untuk komen daripada Anadolu.

Secara berasingan, memetik individu yang mengetahui perkara itu, Wall Street Journal melaporkan bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan kru jet pejuang berkenaan.

Sementara itu, Gabenor wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad di Iran, Yadollah Rahmani menggesa penduduk di kawasan puak dan luar bandar membantu pihak berkuasa mengesan “juruterbang musuh”, lapor Xinhua.

Beliau menambah, pasukan keselamatan, penguat kuasa undang-undang dan tentera sedang memantau situasi itu dengan teliti.

Rahmani turut berkata, individu yang berjaya menangkap atau melumpuhkan pasukan musuh akan diberi “penghargaan” secara rasmi oleh pihak pentadbiran wilayah.

Terdahulu pada Jumaat, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran berkata, sistem pertahanan udaranya telah menembak jatuh sebuah jet pejuang F-35 milik AS di ruang udara tengah Iran, sambil menambah nasib juruterbangnya masih belum diketahui.

-- BERNAMA-ANADOLU-XINHUA

 

 

Must Watch Video