Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye

A U.S. Air Force F-15E Strike Eagle aircraft takes off for a mission supporting Operation Epic Fury during the Iran war at an undisclosed location, March 9, 2026. (U.S. Air Force via Reuters)
Turkiye menolak dakwaan bahawa sistem pertahanan udara buatannya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 Amerika Syarikat. - Gambar hiasan

ISTANBUL: Turkiye pada Sabtu menolak dakwaan bahawa sistem pertahanan udara buatannya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 Amerika Syarikat (AS).

Turkiye turut menafikan dakwaan bahawa ia membekalkan Iran dengan peluru berpandu antipesawat dan UAV canggih, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Pusat Memerangi Salah Maklumat Turkiye, dakwaan di beberapa akaun media sosial yang mendakwa negara itu membekalkan Iran dengan peluru berpandu anti-pesawat dan UAV canggih serta laporan jet pejuang F-15 AS ditembak oleh sistem pertahanan udara buatan Turki, adalah tidak berasas.

Menyedari bahawa siaran di platform media sosial tertentu tidak mencerminkan kebenaran, agensi itu memberi amaran bahawa ia adalah "serangan perang psikologi yang disengajakan dan propaganda hitam" untuk menjejaskan peranan pengantara Turkiye dalam krisis dan usahanya tertumpu pada keamanan dan diplomasi.

Turkiye telah menunjukkan pendirian yang meletakkan keamanan dan kestabilan dalam semua proses serantau sebagai keutamaan, menurut agensi itu sambil menekankan bahawa inisiatif berkenaan di media sosial adalah untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa.

"Aktiviti salah maklumat berniat jahat seperti itu bertujuan untuk memanipulasi pendapat umum dan menjejaskan keseimbangan sensitiviti di rantau ini tidak sepatutnya dipercayai. Adalah amat penting untuk terus berwaspada terhadap kenyataan spekulatif daripada sumber bukan rasmi," tambahnya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video