Skip to main content

Dunia

Ketua Tentera Sudan ditahan rancang rampasan kuasa Sudan

51564016173_HashemAbdelMuttal.jpg
Ketua Tentera Sudan ditahan pada Rabu selepas merancang untuk melancarkan rampasan kuasa terbaharu di negara itu.

Selain Jeneral Hashem Abdel-Muttalib Babakr, beberapa individu lain turut ditahan.

Ini merupakan cubaan rampasan kuasa kedua yang berlaku sepanjang bulan ini. 

Menurut kenyataan Pemangku Ketua Turus Sudan G Mohammed Osman Al-Hussein plot itu direncanakan bagi mensabotaj perjanjian perkongsian kuasa antara Majlis Ketenteraan dan Kumpulan Penunjuk Perasaan.


Difahamkan, antara yang ditangkap adalah pegawai yang bertugas dengan Tentera Sudan serta Pasukan Elit dan Keselamatan Negara.

Hashem Abdel-Muttalib dilantik memegang jawatan tersebut beberapa hari selepas Presiden Omar Al-Bashir digulingkan pada April.



Must Watch Video