Skip to main content

Dunia

Ketua IDF beri amaran, Israel berdepan krisis ketenteraan

Israeli soldiers arrive at a base near the Israeli side of the border with Lebanon, amid escalation between Iran-backed Hezbollah and Israel and the U.S.-Israeli conflict with Iran, in northern Israel, March 22, 2026. REUTERS/Tyrone Siu
Tekanan terhadap IDF semakin meningkat ketika Israel terlibat dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan serentak, menyebabkan sistem sumber manusia tentera berada pada tahap paling kritikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail Reuters

JERUSALEM: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis tenaga manusia yang semakin meruncing hingga membawa risiko “runtuh dari dalam”, demikian amaran keras dikeluarkan Ketua Staf, Eyal Zamir dalam mesyuarat Kabinet Keselamatan pada Rabu.

Menurut laporan media Israel, Zamir memberi gambaran keadaan itu semakin kritikal apabila beban operasi tentera meningkat di pelbagai medan, namun, jumlah anggota tetap dan simpanan tidak lagi mampu menampung keperluan.

“Saya angkat 10 bendera merah di depan anda,” katanya, sambil menegaskan bahawa IDF mungkin tidak lagi dapat menjalankan operasi rutin sekiranya kekurangan anggota dibiarkan berterusan.

Zamir turut menggesa pembaharuan segera melibatkan tiga aspek utama:

  • Undang‑undang pengambilan wajib
  • Undang‑undang khidmat simpanan
  • Lanjutan tempoh perkhidmatan wajib.

Tekanan terhadap IDF semakin meningkat ketika Israel terlibat dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan serentak, menyebabkan sistem sumber manusia tentera berada pada tahap paling kritikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Agensi

Must Watch Video