Skip to main content

Dunia

Kematian lelaki kulit hitam, tujuh anggota polis digantung tugas

81599187656_TBLovelyWarren.jpg
TUJUH anggota polis yang bertugas di New York digantung tugas tugas susulan kes kematian seorang lelaki kulit hitam pada Mac lalu.

Daniel Prude meninggal dunia pada 30 Mac setelah alat bantuan pernafasannya ditanggalkan beberapa hari selepas kejadian dia dikasari anggota polis tersebut.

Datuk Bandar New York Lovely Warren mengumumkan penggantungan tugas itu pada Khamis.

Bagaimanapun, kesemua gaji ketujuh-tujuh anggota berkenaan masih lagi dibayar kerana tertakluk kepada peraturan kontrak kerja.

Ketika kejadian, Prude dikasari oleh anggota polis tersebut yang bertindak menutup kepalanya dengan hud jaket selama beberapa minit sehingga menyebabkan dia sukar untuk bernafas.




Must Watch Video