Skip to main content

Dunia

Junta tentera Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan - Pakar hak asasi PBB

71615509032_ChitMinThun.jpg
PAKAR bebas hak asasi PBB mendakwa junta tentera Myanmar melakukan jenayah kemanusiaan.

Ini susulan tindakan keras yang diambil terhadap penunjuk perasaan pro demokrasi.

Menurut Thomas Andrews, pasukan keselamatan Myanmar didakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 70 orang.

Bilangan mereka yang ditahan pula sudah melebihi 2,000 orang.

"Ini adalah hakikat yang membimbangkan. Sebaik sahaja kami keluarkan laporan, bilangan korban dan tahanan di Myanmar meningkat. Junta menahan puluhan, adakalanya ratusan individu, setiap hari.

"Setakat malam tadi, jumlah mereka yang ditahan sejak 1 Februari melebihi 2,000. Dan keganasan terhadap penunjuk perasaan, termasuk mereka yang memprotes secara aman di rumah mereka, juga semakin meningkat," katanya di Geneva pada Khamis.

Beliau juga menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB berhubung situasi di Myanmar, tidak cukup tegas.




Must Watch Video