Skip to main content

Politik

'Alhamdulillah saya tidak menyesal, kecewa’ - Wan Fayhsal

MUAR, 4 Sept -- Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Wan Ahmad Fayhsal berucap pada program Pentas Anak Muda Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Sungai Abong malam ini.  --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Wan Fayhsal berkata, ketaatan kepada pemimpin tidak mutlak jika pemimpin itu menyimpang daripada jalan yang benar . - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad tidak menyesal dan kecewa akibat dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Wan Fayhsal menegaskan menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Timbalan Presiden yang dipecat bersamanya dan menolak Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin.

"Alhamdulillah saya tidak menyesal dan sama sekali kecewa menerima nasib dan keputusan dipecat sebegini, terima kasih! Jalan Terus! 

“Keputusan ini bukan lahir daripada emosi, tetapi berpaksikan tuntutan agama serta amanah kepimpinan yang saya pikul,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mendakwa dari sudut kepimpinan Muhyiddin sering berlepas tangan dan urusan parti digerakkan oleh Hamzah.

Tambahnya, Muhyiddin seolah-olah tidak mengambil peduli terhadap sensitiviti pengundi Melayu-Islam yang jelas menolak pemimpin berakhlak buruk.

Namun Ahmad Fayhsal tidak menyatakan secara khusus pemimpin mana yang dimaksudkannya itu namun menegaskan tindakan tersebut dilihat melemahkan kekuatan dan persiapan Perikatan Nasional (PN), khususnya jentera PAS yang amat menitikberatkan nilai agama dalam perjuangan politik.  

“Ketaatan kepada pemimpin tidak mutlak jika pemimpin itu menyimpang daripada jalan yang benar. 

“Maka dalam keadaan ini, saya berpandangan tegas bahawa mempertahankaMuhyiddin atas nama parti atau perlembagaan semata-mata tidak lagi wajib bahkan boleh menjerumuskan kita kepada dosa kerana mendiamkan kemungkaran,” katanya.

Wan Fayhsal turut menyatakan pernah menasihati dan menegur menerusi pertemuan peribadi bersama Muhyiddin dalam tempoh tiga tahun.

“Saya mohon maaf kepada ayahanda Tan Sri (Muhyiddin) dan semua ahli Bersatu, tetapi ini bukan sifat parti yang beramanah dan bermaruah. 

“Segala yang dibina atas dasar perjuangan Islam dan integriti kini dikorbankan demi kerakusan kuasa dan keinginan untuk mempertahankan individu yang telah hilang arah moral,” katanya lagi.

 

 

Untuk rekod, Wan Fayhsal turut digantung keahliannya selama sepenggal pada Oktober lalu.

Selain kedua-dua Ahli Parlimen tersebut, Lembaga Disiplin Bersatu turut memecat 14 ahlinya melibatkan dua lagi Ahli Parlimen iaitu Fathul Huzir Ayob dan Kapten Azahari Hassan beserta dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Lembaga Disiplin membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu dan menyatakan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan dikeluarkan.

 

 

Must Watch Video