Skip to main content

Dunia

Joe Biden sedia untuk sertai Pemilihan Presiden 2024 - Jill Biden

81675136482_JoeBiden.jpg
WASHINGTON: Isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Jill Biden yakin Presiden Joe Biden sudah bersedia untuk menyertai pemilihan presiden 2024, lapor Sputnik pada Jumaat.

Beliau berkata, apa yang sedang dirancang sekarang ialah bila dan di mana pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat.

Biden yang akan mencecah usia 86 tahun dijangka mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya 2024 pada April.

Ramalan itu berdasarkan fakta bahawa suku pertama pengumpulan dana berakhir menjelang April. - BERNAMA

Must Watch Video