Skip to main content

Dunia

Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi

61701330426_TBPalestiniansjp.jpg
BAITULMAQDIS: Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid A-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) bahawa jeda kemanusiaan itu dilanjutkan untuk tempoh sehari lagi mengikut syarat yang sama, lapor Agensi Anadolu.

Persetujuan mengenai lanjutan itu dicapai menerusi rundingan membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata rundingan masih diteruskan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di wilayah berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video