Skip to main content

Dunia

Jadi tahanan selama 18 bulan, pekerja bantuan warga Itali akhirnya dibebaskan

81589157276_culik.jpg
Pekerja bantuan warga Itali yang diculik ketika bertugas di Kenya diterbangkan pulang ke Rom.

Wanita berkenaan dibebaskan selepas 18 bulan menjadi tahanan.

Silvia Romano selamat tiba di Lapangan Terbang Ciampino, dengan disambut perdana menteri Giuseppe Conte; menteri luar Luigi Di Maio, dan ahli keluarganya.

Romano, 24, yang bertugas dengan kumpulan kemanusiaan Itali, diculik pada November 2018 ketika serangan kumpulan bersenjata.

Dia kemudian dilaporkan diserahkan kepada kumpulan yang dikaitkan dengan al-Shabaab.

Must Watch Video