MOSCOW: Jabatan Hal Ehwal Dalaman Wilayah Kharkov (Kharkiv) di bawah pentadbiran Rusia pada Ahad berkata ia telah membuka kes jenayah terhadap Andriy Yermak, bekas ketua pejabat Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"[Yermak] disyaki membantu dan bersubahat (Bahagian 5 Perkara 33 Kanun Jenayah Rusia) dalam merancang, menyediakan, memulakan dan melancarkan perang agresif (Perkara 353 Kanun Jenayah Rusia), serta menggunakan cara dan kaedah peperangan yang dilarang (Perkara 356 Kanun Jenayah Rusia).
"Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai Yermak, sila laporkan kepada bot Telegram maklum balas Jabatan Hal Ehwal Dalaman Wilayah Kharkov bagi pentadbiran tentera-awam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA