Skip to main content

Dunia

Itali tahan kapal Jerman selepas misi menyelamat migran di Laut Mediterranean

SOS-Humanity
Humanity 1 menyelamatkan 33 orang dan menemukan dua mayat dalam misi terbaharunya, menurut SOS Humanity. - Facebook SOS-Humanity

ROM: Itali sekali lagi menahan sebuah kapal milik SOS Humanity, sebuah organisasi bantuan dari Jerman yang menyelamatkan migran di Laut Mediterranean, menurut kumpulan itu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kapal Humanity 1 perlu kekal di pelabuhan Trapani di pulau Sicily selama 60 hari sebelum dibenarkan belayar semula. Selain itu, pihak berkuasa turut mengenakan denda sebanyak €10,000 (US$11,870).

Humanity 1 menyelamatkan 33 orang dan menemukan dua mayat dalam misi terbaharunya, menurut SOS Humanity.

Kerajaan Itali mempertahankan tindakan penahanan itu dengan menyatakan kru kapal telah melanggar peraturan di laut lepas.

Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi mengkritik penahanan kapal itu, menyifatkannya sebagai “tindakan tidak bertanggungjawab” yang turut membahayakan nyawa migran.

SOS Humanity mengesahkan bahawa kru kapal tidak berkomunikasi dengan pusat penyelarasan menyelamat maritim Libya, sambil menuduh pihak berkuasa itu melakukan “pelanggaran hak asasi manusia yang serius terhadap mereka yang mencari perlindungan”.

Kerajaan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni pada Rabu mengumumkan dasar migrasi yang lebih ketat, termasuk rancangan untuk menghentikan bot dengan memperkenalkan “sekatan laut” jika perlu.

-- BERNAMA-DPA

 

 

Must Watch Video