KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort berkurangan kepada 309 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 312 orang daripada 121 keluarga petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.
Menurut kenyataan itu, sebanyak lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah petang dan malam.
-- BERNAMA