Skip to main content

Dunia

Israel tutup Masjid al-Aqsa, mahu ambil alih kawalan daripada Jordan - Penganalisis

71708426316_AlAqsaMasjidAlA.jpg
Buat kali pertama sejak 1967, jemaah dilarang menunaikan solat di Al-Aqsa pada hari-hari terakhir Ramadan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Israel menutup Masjid al-Aqsa daripada dikunjungi umat Islam kerana rejim itu mahu mengambil alih kawalan daripada kerajaan Jordan.  

Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata alasan keselamatan yang diberikan oleh rejim haram itu ketika ini hanyalah helah semata-mata.

“Orang Zionis ada satu matlamat sahaja. Mereka hendak tukar keadaan sedia ada. Kawalan ke atas Masjid al-Aqsa ialah hak kerajaan Jordan sejak 1924 dan Uthmaniyyah sejak 1917 sebelumnya.  

“Pemimpin Muslim dan Kristian ketika itu minta Raja Sharif Hussein Ali agar Masjid al-Aqsa dikuasainya. Status ini berterusan sehingga hari ini berdasarkan dokumen Al-Wasiah al-Hashimiah.  

“Dokumen ini yang digunakan Jordan dan Raja Abdullah II untuk menjaga keperluan Masjid al-Aqsa. Semua pegawai Masjid al-Aqsa dapat gaji daripada kerajaan Jordan. Yahudi tidak mahu status ini berterusan, sebaliknya mereka mahu kawal keseluruhan Masjid al-Aqsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
 

Israel tutup Masjid al-Aqsa, mahu ambil alih kawalan daripada Jordan - Penganalisis


Dalam temu bual sama, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff pula berpandangan, tindakan Israel ketika ini didorong oleh kelemahan negara-negara Islam memberikan dukungan kepada perjuangan kemerdekaan Palestin.

“Kita tegaskan bahawa percubaan demi percubaan telah digunakan Yahudi dengan pembuktian yang tidak dapat disahkan bagi menguasai Masjid al-Aqsa. Pemimpin umat Islam tidak bersedia untuk memberi perhatian kepada pembebasan Masjid al-Aqsa dan kekalkan penguasaannya di bawah wasiat kepada Raja Jordan,” ujarnya.

Sejak bermulanya perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, rejim haram itu menutup Masjid al-Aqsa daripada dikunjungi penduduk Palestin, dan pada masa yang sama, hanya membenarkan kira-kira 50 jemaah menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di Tebing Barat yang diduduki.

Buat kali pertama sejak 1967, jemaah dilarang menunaikan solat di Al-Aqsa pada hari-hari terakhir Ramadan. 

Agenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-Aqsa

Agenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-AqsaAgenda AWANI: Segera buka Masjid al-Aqsa

Must Watch Video