Skip to main content

Dunia

'Israel bakal tumbang' - Pemimpin tertinggi Iran seru umat Islam bersatu dalam perutusan Aidiladha

FILE PHOTO: Mojtaba Khamenei, the second son of Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, visits Hezbollah's office in Tehran, Iran, October 1, 2024. Office of the Iranian Supreme Leader/WANA (West Asia News Agency)/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY./File Photo
Mojtaba Khamenei (foto) menyifatkan Israel sebagai β€œtumor kanser yang berbahaya dan membawa maut” kepada kestabilan Asia Barat. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, mengeluarkan perutusan sempena musim haji dan Hari Raya Aidiladha dengan menyuarakan pendirian tegas terhadap Israel.

Menurut laporan agensi berita Tasnim, beliau menyifatkan Israel sebagai tumor kanser yang berbahaya dan membawa maut kepada kestabilan Asia Barat.

Dalam perutusan itu, Khamenei turut mendakwa Israel akan ditumbangkan dari rantau tersebut.

Beliau berkata angkatan tentera Iran telah melemahkan rejim Zionis menerusi siri serangan sepanjang konflik, yang disifatkannya sebagai perang paksaan kedua.

Menurutnya, tindakan itu turut memberi tamparan hebat kepada sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Khamenei menekankan bahawa musim haji tahun ini perlu dimanfaatkan umat Islam untuk menyatakan pendirian terhadap dasar AS dan Israel.

Beliau turut menyeru supaya bantahan terhadap kedua-dua negara dijadikan mesej utama sepanjang musim perayaan.

Khamenei berkata Iran yakin perkembangan geopolitik serantau akan memihak kepada kebangkitan umat Islam dan pembentukan tamadun baharu yang lebih kukuh.

Kenyataan itu dibuat ketika Pakistan dan China sedang mempergiat usaha diplomasi di Beijing bagi mengusahakan pelan gencatan senjata melibatkan konflik antara AS, Israel dan Iran.

 

Must Watch Video

Advertisement