Skip to main content

Dunia

Iran umum pembukaan sebahagian ruang udara

People look at a screen displaying flight information at the Indira Gandhi International airport, amid the U.S.-Israel conflict with Iran, in New Delhi, India, March 3, 2026. REUTERS/Bhawika Chhabra/File Photo
Penerbangan antarabangsa kini dibenarkan untuk transit melalui bahagian timur ruang udara Iran. - Gambar fail/Reuters

ISTANBUL: Iran mengumumkan pembukaan semula sebahagian ruang udaranya bersama-sama dengan pembukaan semula beberapa lapangan terbang, setakat 0330GMT pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penerbangan antarabangsa kini dibenarkan untuk transit melalui bahagian timur ruang udara Iran, menurut Pertubuhan Penerbangan Awam seperti dipetik oleh Agensi Berita Mehr.

Operasi penerbangan di lapangan terbang di seluruh negara akan dipulihkan secara progresif bergantung pada kesediaan teknikal dan operasi pihak berkuasa tentera dan awam, untuk menyambung semula perkhidmatan penumpang bagi orang ramai, tambahnya.

Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran dan Tehran bertindak balas dengan serangan ke atas Israel dan negara serantau lain yang menempatkan aset AS.

Perang telah ditangguhkan sejak 8 April susulan gencatan senjata dua minggu dengan Pakistan sebagai pengantara.

Washington dan Tehran mengadakan perbincangan di Pakistan hujung minggu lepas ke arah keamanan berkekalan dan usaha untuk satu lagi sesi di Islamabad sedang dijalankan.

-- BERNAMA-ANADOLU 

Must Watch Video