Skip to main content

Dunia

ICRC hantar barangan bantuan pertama ke Iran

Tehran (ICRC): The International Committee of the Red Cross (ICRC) has dispatched 171 metric tonnes of essential relief items to the Iranian Red Crescent Society (IRCS), with five truckloads delivered yesterday. This marks the first ICRC shipment to Iran since the latest escalation of hostilities and one of the first cross-border humanitarian deliveries to the country in six weeks._ICRC
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyalurkan 171 tan barangan bantuan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS), dengan penghantaran awal melibatkan lima trak. - Gambar ICRC

TEHRAN: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyalurkan 171 tan barangan bantuan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS), dengan penghantaran awal melibatkan lima trak, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Menurut ICRC di Tehran, kargo itu merupakan kumpulan pertama bantuan ICRC ke Iran sejak pencerobohan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan antara penghantaran bantuan kemanusiaan rentas sempadan terawal dalam tempoh enam minggu lalu.

Secara keseluruhan, 14 trak dihantar dari gudang ICRC di Jordan, membawa barangan bagi memenuhi keperluan hampir 25,000 penduduk.

Bekalan itu merangkumi selimut, bekas air, peralatan memasak, kanvas kalis hujan, kit kebersihan, lampu solar, baldi dan tilam.

Penghantaran pertama bantuan itu melibatkan lima trak yang diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Iran untuk diagihkan.

Baki sembilan trak lagi akan diserahkan menjelang hujung minggu ini.

Selain itu, 200 janakuasa elektrik dan 100 pam air yang dibeli dari pasaran tempatan di Iran turut disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

ICRC juga sedang membuat persiapan untuk menghantar lebih banyak bekalan perubatan dan bantuan penting lain, yang diharapkan dapat disalurkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang ketika organisasi itu meningkatkan sokongannya terhadap tindak balas kemanusiaan IRCS.

“Ketika keperluan kemanusiaan kekal tinggi di seluruh negara, kami berharap penghantaran ini dapat membawa sedikit kelegaan kepada komuniti yang sedang menanggung kesan dahsyat konflik,” kata ketua delegasi ICRC di Iran, Vincent Cassard.

“Kami menyasarkan untuk memperluas sokongan kami dalam beberapa minggu akan datang dan terus mendukung usaha kemanusiaan IRCS.

“Tindak balas mereka yang penuh dedikasi amat luar biasa, khususnya dalam keadaan mencabar. Kami kekal komited untuk menyokong dan memperkasa usaha penting mereka,” katanya.

-- BERNAMA-MNA

 

 

Must Watch Video